Syarikat terperangkap tanpa persediaan “pelan kelangsungan peniagaan”

1 Apr 2020 Oleh Dr Edly Ramly

Rata-rata syarikat tidak bersedia untuk menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat dari pandemik Covid-19 dengan tidak menyediakan pelan kelangsungan perniagaan (business continuity plan-BCP), mengikut pemerhatian yang dijalankan melalui audit sistem pengurusan kualiti yang dijalankan pada 2019 kepada lebih 70 syarikat.

Hampir semua syarikat SME tidak mewujudkan BCP secara formal. Walaubagaimanapun, ada beberapa syarikat multinasional mempunyai pelan kelangsungan perniagaan (BCP), tetapi pelan tersebut tidak mengenalpasti ganguan dari pandemik yang menyebabkan PKP dikeluarkan kepada hampir semua syarikat dalam rantaian bekalan kecuali kepada perkhidmatan perlu (essential services).

Kesan paling besar yang dihadapi oleh syarikat pada masa ini ialah kehilangan punca pendapatan dan berkemungkinan besar menghadapi pengurangan permintaan pada fasa pasca pandemik Covid-19 pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, tinjauan terkini kepada beberapa buah syarikat, BCP sedang dirangka untuk memulihkan dan meneruskan perniagaan, apabila PKP ditamatkan untuk menempuh fasa seterusnya. Malah syarikat masih tidak terlewat untuk menyediakan BCP untuk ganguan kawalan dan sekatan pergerakan yang sedang berlangsung sekarang.

Untuk syarikat telah membangunkan BCP sebelum ini mengikut standard ISO22301, tugasan penyediaan dan menambahbaik BCP berkaitan pandemic Covid-19 ini akan menjadi lebih mudah dan bersistematik.

Menurut standard sistem pengurusan kelangsungan perniagaan (business continuity management system – BCMS) ISO22301 versi 2019, BCP adalah dokumen yang akan membimbing organisasi untuk bertindak apabila berlaku ganguan termasuk tindakan menyambung semula, memulihkan dan mengembalikan penyampaian produk atau perkhidmatan selaras dengan matlamat kelangsungan perniagaan. Di dalam standard tersebut, BCP dibangunkan melalui rangka kerja sistem pengurusan kelangsungan perniagaan termasuk mengenalpasti aktiviti utama (prioritised activity – PA), mengenalpasti jenis-jenis ganguan (disruption), dan juga strategi-strategi untuk bertindak balas.

Pada masa hadapan, syarikat digalakkan untuk menambahbaik BCP sediaada, dengan menjalan pengujian terhadap BCP tersebut, serta menjalankan pelbagai persediaan awal untuk mengurangkan risiko dan kesan terhadap apa-apa ganguan kepada kelangsungan penyampaian syarikat. Syarikat juga digalakkan untuk mendapatkan persijilan ISO22301 untuk memastikan sistem pengurusan kelangsungan perniagaan tersebut dibangunkan dengan berkesan.

One thought on “Syarikat terperangkap tanpa persediaan “pelan kelangsungan peniagaan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: